Wednesday 7 December 2011

Bahagian Burung

Hai adik-adik...! cuba teka, binatang apa yang selalu berada diatas, tidak bertangan, dan berparuh...? binatang ini biasanya tinggal diatas pokok dan bertelur. haaa apakah binatang ini? 







Jawapannya....










jeng!













jeng!














jeng!









Tadaaaaa!





Meh kita tengok bahagian-bahagian yang ada pada burung


Apakah Keperluan Asas Haiwan Untuk Hidup?

Thursday 1 December 2011

Mari Belajar Tentang Nyamuk


Pada sesiapa yang pernah lihat nyamuk, inilah nyamuk ye... :-)
Tahu tak..? Nyamuk terdiri daripada 2700 spesis , dua kepak bersisik, tubuh yang langsing, enam kaki panjang, bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15mm. Nyamuk ni mampu terbang dengan kelajuan diantara 1.5 km/h hingga 2.5 km/h. Nyamuk mengalami metamorphosis yang lengkap iaitu empat peringkat perkembangan yang jelas.
  
Nyamuk merupakan sejenis binatang penghisap darah. Untuk berkembang menjadi seekor nyamuk dewasa nyamuk akan melalui beberapa peringkat berbeza.

Mari Kita Kaji Kitaran Hidupnya
Peringkat 1: Telur
yamuk dewasa betina akan menghisap darah manusia.  Nyamuk ini akan
                     menghasilkan telur iaitu antara 4 hingga 400  biji telur yang ditinggalkan di permukaan air tenang.
 Nyamuk ini biasanya akan menghasilkan telur pada wakt malam. Biasanya
                   telur ini akan bertukar menjadi larva setelah mancapai tempoh kematangannya


                                       
Peringkat 2 : Larva
Larva nyamuk berkembang dalam air selama 7 hingga 14 hari bergantung kepada
                     suhu air. Namun kadangkala  larva akan naik ke permukaan air untuk mendapatkan oksigen melalui tiub penafasan.
Pada peringkat ini, larva akan memakan alga dan organisma yang tinggal dalam air.
                      Pada peringkat ini,larva akan bersalin kulit sebanyak empat kali yang mana peringkat keempat akan menukarkan larva kepada pupa.

Peringkat 3: Pupa
Peringkat seterusnya ialah pupa. Pada peringat ini pupa tidak akan makan. Pupa juga dipanggil sebagai trumblers.
Biasanya ia berada di dalam air selama 1 hingga 4 hari bergantung kepada
                     spesis dan suhu air. Pupa akan mudah kelihatan  di permukaan air kerana warnanya lebih cerah berbanding warna air.
upa ini akan mendapatkan oksigen melalui 2 salur yang dipanggil trumpet
                  Pupa yang matang akan mula terbuka dan mengeluarkan seekor nyamuk.


Peringkat 4 : Dewasa
Nyamuk yang keluar dari pupa akan matang setelah beberapa hari menjadi nyamuk.
Jangka hayat seekor nyamuk hanyalah untuk beberapa minggu dan seterusnya kitar akan melalui peringkat yang sama iaitu bermula peringkat telur.


Proses…

Kitar hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan.  Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur  .
Dalam masa seminggu telur tersebut akan menetas dikenali sebagai larva (jentik-jentik) .  Larva akan bernafas menggunakan 2 salur yang ada dan 
               memakan bahan organic yang ada. Larva akan bersalin kulit sehingga ke peringkat ke 4 iaitu pupa.
Pupa akan terbentuk apabila larva selesai mengalami empat proses               
                      perkembangan sebagai jentik-jentik.  Pupa tidak makan dan nyamuk dewasa
                       akan keluar dari pupa apabila kulit terbuka.  Nyamuk dewasa hanya mampu hidup beberapa minggu sahaja.
Meh tengok video ni...
<


 Nyamuk ni banyak membawa penyakit berbahaya kepada manusia contohnya seperti demam denggi, malaria, demam kuning, encephalitis, nirus nil barat dan banyak lagi. kita perlu mencegah nyamuk ini dari terus membiak dan menyebarkan pelbagai penyakit bahaya.

Apa lagi musim cuti sekolah ni, sama-sama lah menjaga kebersihan ye adik-adik! Jaga kesihatan semua!

Wow, Magic...!!

Tuesday 15 November 2011

Mamalia

Cuba teka binatang apakah ni..? ha... ni la harimau belang... harimau ni adalah haiwan mamalia. hmmm.. mamalia tu apa ye?

Mamalia tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan mamalia adalah seperti berikut :-

- Mempunyai saraf tunjang.
- Bertulang belakang.
- Mempunyai jantung dengan 4 ruang.
- Badan dilitupi oleh bulu.
- Mempunyai cuping telinga.
- Mempunyai kelenjar peluh.
- Mamalia betina melahirkan dan menyusukan anak, kecuali mamalia yang sangat
primitif seperti Platypus dan sesetengah Tenggiling.
- Bernafas melalui peparu.
- Berdarah panas (suhu badan tetap).


ha... cuba teka ape nih? ala... dalam kartun pheneas and pherb tu... ni la platipus..

ni gamba real nya...

Platipus ni sejenis mamalia yang sangat primitif. platipus berbeza dengan haiwan-haiwan mamalia yang lain sebab platipus bertelur. Rupanya pun seakan itik kan...? itu lah keajaiban alam ciptaan Allah. Subhanallah