Friday 21 October 2011

Aurora Oh Aurora

aurora oh aurora
pentingkah kamu itu
kenapa aku terpegun?
aurora oh aurora
selalu disanjungi
pernah ditanya mengapa?
ku tatap, berseri, berwarna hijau
yang menawan sanubari
Penah dengar tak lirik lagu diatas..? aurora tu ape ye? orang kah? asal mana perkataan aurora ni? ha... aurora ni adalah satu fenomena alam yang sangat indah macam dalam lirik lagu tu...
Dari saintifiknya, Aurora adalah fenomena pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfer dari sebuah planet sebagai akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh matahari.

subhanallah... cantik kan?

Penah tengok tak aurora ni kat Malaysia? Sebenarnya Aurora hanya berlaku di kawasan garis lintang utara dan selatan iaitu kawasan Artik dan Antartika... tak de ye kat Malaysia. huhu... Di Kutub Utara, aurora dipanggil aurora borealis, dekat kutub selatan lak dipanggil aurora australis. fenomena ni dah lama berlaku dari masa ke masa sejak beribu-ribu tahun lalu

Hebatkan kuasa Allah...? .

No comments:

Post a Comment