Monday 24 October 2011

Sabun Vs Detergen

 Ha... gambar ape di atas tu? Biasanya kita selalu sebut sabun mandi dan sabun pencuci. Detergen tu apa pulak ye...? apa perbezaan sabun dan detergen? sebenarnya gambar sebelah kanan tu adalah sabun dan gambar sebelah kiri pulak adalah detergen.

Yang membezakan kedua-duanya adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.  Sabun dihasilkan daripada lemak haiwan atau lemak sayuran. ia bertindak sebagai pengimulsi, iaitu membolehkan air dan minyak bercampur supaya kesan minyak dapat disingkan semasa membilas.

Detergen pulak dihasilkan daripada bahan petrokimia. Detergen mengurangkan daya tegangan permukaan air, membuatkannya "lebih basah" supaya ia lebih senang melekat dengan minyak dan gris.

Satu info lagi, sabun kurang berfungsi apabila air yang digunakan ialah air  yang keras yang mengandungi mineral. Detergen pula tidak banyak bezanya samada air yang digunakan lembut atau keras
Cuba rasa sendiri perbezaan air sabun dan detergen ye...


No comments:

Post a Comment